Tip Untuk Menghilangkan Kebencian
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kebencian adalah satu penyakit hati yang sukar untuk disembuhkan. Kebencian jika disimpan dan dipendam sekian lama boleh menyebabkan permusuhan,salah faham, dendam ,hasad dengki dan pelbagai satu masalahyang boleh dikaitkan.
Bolehkah kebencian dihilangkan? Pada pendapat aku, ianya boleh dihilangkan asalkan kita ikhlas dan bersedia untuk menghapuskannya dalam diri kita.
Berikut adalah antara jalan atau tip untuk kita hilangkan kebencian.
- Mendoakan kesejahteraan dan pengampunan untuk orang lain. Orang Islam biasanya akan mendoakan kesejahteraan dan pengampunan ketika selesai solat.
Aku juga pasti, mereka yang menganut agama lain juga ada doa yang khusus untuk orang lain.
Bila kita lakukan perkara ini,ianya pasti akan mengurangkan sedikit sebanyak kebencian kita. Apa tidaknya,tiada gunanya kita mendoakan orang lain jika tiada keikhlasan dalam diri kita.
- Memaafkan kesalahan dan kesilapan orang lain dan diri sendiri sebelum tidur. Jadikanlah ianyaamalan harian dan kebiasaan. InsyaAllah,kita akan merasa perubahan dalam diri kita.
-Tinggalkan kebencian kita di satu tempat. Seperti contoh,bila ada masalah dan kebencian di tempatkerja, kita lupakannya apabila sampai di rumah.
Masalah di rumah pula kita lupakan bila berada di tempat kerja.
Ada cerita yang boleh dijadikan panduan,
seorang lelaki yang mengalami banyak masalah di tempat kerja.Sebelum membuka pintu rumah,beliau akan mengusap-usap daun tumbuhan yang berada di luar rumah.
Apabila ditanya tindakan beliau, beliau menjawab…dia tinggalkan beban masalahnya seketika kepada tumbuhan tersebut supaya di boleh ceria waktu bersama anak dan isteri.
- menerima kekurangan diri sendiri serta kekurangan orang lain. Hidup di dunia ini memerlukan kerjasama dan kesefahaman. Semua kita memiliki watak dan peranan masing-masing dalam menjalani kehidupan yang makin mencabar.
-Berfikir dari sudut yang berbeza dan ke arah yang positif juga mampu mengurangkan kebencian dalam diri. Kita bencikan kegagalan, jadi kita fikirkan akan hikmah yang tersimpan di dalamnya






0 komentar:
Posting Komentar